Salam ukhwah.
Lagi beberapa hari lagi ummat islam ketika ini sedang menghitung hari untuk menunggu ketibaan bulan Syawal. Persiapan membeli pakaian baru untuk dipakai pada musim lebaran saya percaya sudah 80% siap. Mungkin ketika ini ramai suri-suri rumah sedang sibuk di dapur bagi menyiapkan kuih muih tradisi yang bakal dihidangkan kepada tetamu nanti.
Dalam kesibukan kita menanti hari kegembiraan ini. Perasaan sayu terasa mengenangkan akan berahkirnya bulan ramadhan pada tahun 2011. Ramadhan dirasakan bulan yang paling berkesan untuk mendidik jiwa muslim. Bulan ini mengajar kita erti berserdahana. Moga tarbiah yang kita lalui pada bulan ini memberi kesan untuk bulan-bulan akan datang. Doaku agar aku dapat bertemu bulan ramadhan untuk tahun akan datang. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa yang telah kami lakukan sepanjang kami hidup. Kau berilah petunjuk jalan yang benar dan lurus untuk kami menempuh hidup akan datang dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada mu. Amin ya Allah...
Sabtu, 27 Ogos 2011
Selasa, 12 Julai 2011
BERSIH 2.0
Salam semua,
9 Julai 2011, satu peristiwa yang melakar sejarah negara. Perhimpunan aman Bersih, yang telah disifatkan kerajaan perhimpunan haram Bersih telah terjadi jua. Halangan pihak kerajaan dengan berbagai strategi untuk menakutkan rakyat berhimpun secara aman 50% berjaya. Bagi saya mana mungkin pada saat-saat akhir suatu acara yang telah dirancang lebih awal tiba-tiba hendak dibatalkan. Sekatan-sekatan jalan raya ada di mana-mana. Langkah awal kerajaan menangkap orang yang memakai baju kuning berjaya menimbulkan 'fobia' rakyat untuk memakai pakaian dan barang-barang berwarna kuning buat seketika. Ambiga dilihat sebagai jaguh dan pelakon utama. Disebabkan itu juga tidak ramai orang menyokong perhimpunan ini. Bagi saya kerajaan mahupun pembangkang perlu sama-sama mainkan peranan dalam membuka mata rakyat. Kerajaan itu rakyat. Pembangkang juga rakyat. Kerjaan harus bijak. Pembangkang juga harus bijak. Kerajaan dengan segala kuasa yang ada harus menangani isu ini dengan baik. Begitu juga pembangkang. Sebarang provokasi yang dapat mencetuskan keadaan yang tegang sepatutnya dihindarkan. Saya melihat isu yang dibawa Bersih itu relavan sekiraya pilihanraya akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Walaupun sekatan ada di mana-mana, masih ramai juga orang datang berhimpun. Ini menggambarkan sistem pengagkutan rel kita berfungsi dengan baik. Secara tak langsung mungkin mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini dapat merasakan kemajuan yang kita ada. Saya mengharapkan pihak berkuasa dapat menagani perhimpunan ini secara aman. Saya meletakkan 70% kejayaan kepada pihak berkuasa dalam menagani perhimpunan. Tidak dinafikan kecederaan ringan pasti akan berlaku. Agak berat untuk menerima adanya 1 kematian dalam perhimpunan aman ini. Al-fatihah. Menghormati pendapat dan pandangan orang lain itu amat perlu. Dalam hidup kita berkeluaga juga mempunyai pandangan berbeza. Fahaman politik mungkin juga berbeza. Tetapi bukanlah alasan untuk tidak hidup bahagia. Sekian terima kasih.

Jumaat, 24 Jun 2011
Malaysia lawan Lubnan 2-1
Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya dalam perlawanan menentang Lubnan pada 23 Jun 2011 di Stadium Bukit Jalil. Kemenangan timbal balik setelah seri pada perlawanan sebelumnya di Lubnan amatlah bermakna buat pasukan Malaysia. Babak pertama nampak menarik apabila Malaysia berjaya memperolehi 2 gol. Babak kedua Lubnan mendapat 1 gol. Perlawanan babak kedua tidak seimbang kerana Malaysia bermain dengan 10 orang pemain. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana mampu bertahan sehingga wisel penamat.
Mohd Irfan Fazail (minit ke-8)
Wan Zack Haikal Wan Nor (minit ke-41)
Chadie Atie (minit ke-64)
Mohd Irfan Fazail (minit ke-8)
Wan Zack Haikal Wan Nor (minit ke-41)
Chadie Atie (minit ke-64)
Rabu, 27 April 2011
Mengharapkan perubahan yang positif
Bismillah mula bicara. Ya Allah ampunilah dosa-dosa yang telah aku lakukan. Dosa kedua ibu dan bapaku yang melahir dan membesarkan aku dengan segala kepayahan. Mendidik aku menjadi manusia yang berguna. Masa silih berganti. Tidak akan menunggu. Ya Allah sedarkanlah aku dari lena dan buaian mimpi. Dari sifat malas dan suka bertangguh. Dari keadaan selesa yang menyebabkan aku terlalai untuk berjuang. Berilah aku kekuatan. Kekuatan mental, fizikal dan spiritual untuk melakukan sesuatu yang berguna dan memberi erti hidup. Hidup di alam fana ini dan hidup selepasnya. Sesungguhnya perjalanan ini masih lagi panjang. Aku mengharapkan ada kerajinan dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara. Bagun dan berubah sekarang. Terima kasih. Amin.
Rabu, 30 Mac 2011
Selasa, 22 Mac 2011
Muhasabah Diri
Sekarang umurku sudah 34 tahun. Kalaulah umurku hidup sehingga 60 tahun, bermakna aku telah menjalani lebih separuh umurku. Banyak persoalan bermain di fikiran. Apakah aku sudah mengenali diriku? Apakah aku sudah mengenali orang disekelilingku? Apakah aku sudah mengenali dunia ini? Apakah aku sudah mengenali sepenuhnya agama islam ini? Apakah tahap keimananku bertambah seiring dengan usiaku?
Solat contohnya. Jikalau sama tahap solat kita ketika berumur 10 tahun dengan umur 34 tahun. Apa maknanya. Aku mengharapkan hal ini ada peningkatan. Dahulunya hanya menghafaz. Kini seharusnya tahu makna surah apa yang dibaca. Tahu makna bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud dan tahyat awal/ akhir. Semoga kita dapat meningkatkan qualiti solat kita.
Begitu jualah perkara-perkara yang kita jalani di dunia ini. Mengharapkan peningkatan pada setiap apa yang dilakukan. Aku berdoa agar hidup ini tidak disia-siakan. Amin.

Jumaat, 18 Mac 2011
APA SUDAH JADI DENGAN DUNIA HARI INI
Assalamualaikum wmt,
Seringkali kita terdengar, dan semakin kerap pula ianya berlaku. Ya... bencana alam. 11 Mac 2011, nun di Jepun. Tsunami yang dasyat telah mengorbankan beribu- ribu nyawa. Sebelumnya gempa bumi berlaku di New Zealand telah merosakkan harta benda.
Pergolakan politik di Timur Tengah juga suatu bencana. Macam-macam perkara berlaku dalam masa yang singkat ini. Apakah teknologi maklumat yang semakin pantas menyebabkan masa dirasakan semakin cepat. Ataukah kita ini sudah berada dalam dunia akhir zaman? Segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dan dimana-mana kita berada dengan syarat adanya signal atau network jalur lebar.
Mungkinkah dunia ini hampir ke penghujungnya? Apakah hari pembalasan semakin hampir? Masya Allah.... kalau kita terus mencari maklumat berkaitan perkara ini di internet. Banyak sekali maklumat yang diberikan. Huraian yang panjang lebar ada diberikan. Maklumat berkaitan tanda- tanda kecil dan besar boleh diperolehi dengan pantas. Yang penting anda nilai dan fikirlah dengan bijaksana.
Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri agar kita dapat tingkatkan keimanan kita sepanjang kita hidup. Amin...

Langgan:
Catatan (Atom)