Khamis, 6 Januari 2011

Bahang kenaikan belanja hidup makin terasa tahun 2011

Belum pun bermula tahun 2011, harga minyak petrol naik lagi. Janji kerajaan agar kenaikan harga petrol tidak berlaku tinggal omong kosong. Ekoran kenaikan ini makin terasa. Minyak masak sudah sukar nak dapat. Di pasaraya besar mahupun di kedai runcit mamak puas berpusing. Ini semua petanda harga nak naik lagi. Kenaikan harga gula mengakibatkan pengusaha air minuman berbincang tentang harga yang akan dijual kepada pengguna. Goods and Services Tax (GST), cukai ke atas barangan dan perkhidmatan bakal mengeruhkan lagi keadaan. Sana sini naik harga. Kerajaan dilihat mahu melepaskan tanggungjawabnya yang selama ini diberi kepada rakyat. Subsidi banyak yang ditarik balik dengan alasan meringankan beban kerajaan. Negara lain sedang sibuk untuk memberi kemudahan kepada rakyatnya, mengapa kita mahu undur kebelakang. Cetusan idea yang membebankan rakyat yang belum lagi dilaksanakan pun bakal memberi impak negatif sebelum perlaksaannya. Tolonglah berikan idea-idea yang bakal memberi kebaikan kepada kita semua agar impak yang lebih positif dapat dilihat. Nampaknya tahun 2011 ini kena pandai-pandai berbelanja dan mengikat perut.