Ahad, 10 November 2013

Berhati-hati dengan pintu hati

Salam ukhwah,

Di suatu pagi apabila saya membuka tv9. Seorang penceramah yang santun ucapanya iaitu  Ustz Mohd Elyas Ismail (seorang yang masih asing dan baru bagi saya) menyampaikan tazkirah paginya. Antara isi yang dapat saya catatkan disini ialah.

- terdapat beberapa pintu hati manusia yang boleh dimasuki syaitan dengan mudah. 3 yang utama adalah disebut.
1. Pintu marah- kemarahan merupakan sebab syaitan mudah masuk kedalam hati manusia. maka kawallah kemarahan anda sebaik-baiknya,
2. Pintu hasad- sifat hasad adalah tidak baik. Ianya membakar api persengketaan.
3. Pintu melebih-lebih dalam berhias- apabila perkara berhias disebut semua mata akan tertumpu pada wanita. Sebenarnya ianya tidak terhad kepada wanita sahaja. Lelaki mungkin kurang berhias muka dan wajahnya. Berlebih-lebihan dalam berhias barang kesayangan (seperti kereta) termasuk perkara yang diambil perhatian.

- Hati yang ikhlas akan hadir selepas kita beramal. Memanglah pada permulaan sesuatu pekerjaan yang baik itu mungkin atas arahan atau takut menunjuk-nunjuk. Kebiasaan akan menjadikan ianya amalan. Amalan yang baik diulang-ulang secara tidak sedar ikhlas akan mengiringi. Insyallah.

-Firaun adalah manusia yang paling takabbur di dunia ini bila mana dia mengaku dirinya tuhan.

- terdapat 4 pandangan/ mata hati.
1. pandangan zahir - apa yang kita nampak
2. pandangan akal - pemikiran
3. pandangan nafsu
4. pandangan hati

Wallahhua'lam. Kelebihan datang dari Allah. Keburukan datangnya dari diri saya sendiri. Maaf jika ada kekurangan.


Semasa berjemaah solat jumaat di kawasan surau pandan indah. Sebelum jumaat seorang penceramah muda memesan agar didiklah anak-anak dengan alunan zikir diawal pagi dengan radio atau sebarang alat teknologi canggih masa kini. Alasan yang logik diterima akal ialah "PENDENGARAN ITU ADALAH LEBIH PANTAS DARI PENGLIHATAN".

Maka didiklah jiwa ini dengan pendengaran yang baik-baik.




Rabu, 23 Oktober 2013

Kenaikan belanja hidup makin terasa sebelum perlaksanaan sebenar gst

Salam ukhwah,

- Saya baru sahaja selesai membayar bil elektirik yang sudah tertunggak. Bukan sebab tak nak bayar ontime, tapi akibat tabiat suka menagguh. Bulan lepas bilnya rm200, bulan ini sampai bill rm266. So total kena bayar lebih kurang rm466. rm200 itu pun entah kenaikan kali ke berapa entah. Pernah saya bertaya syarikat pembekal elektrik berkenaan kenapa kadang bill murah kadang bill mahal sebelumnya. Jawapannya mereka menggunakan kaedah anggaran pada bulan2 yang tidak dilakukan bacaan meter. Maka bil tiba2 sampai rumah melalui pos.
- rm266 sebulan agak membebankan bagi saya unutk keperluan utiliti bulanan. Kos ini dirasakan sudah hampir bersamaan menyewa sebuah bilik. huh.
- ditambah dengan barang keperluan dapur yang harganya meningkat katanya sebelum perlaksanaan gst (goods and service tax). Apakah benar gst belum dilaksanakan? Saya ada melihat dan mengambil gambar sebuah akbar tabliod tempatan mempromosikan ruang iklan, telah juga mengiklankan charge bagi 6% gst sedangkan perlaksanaannya belum rasmi diperkenalkan sebelum pembentangan budget. huh.
- minyak kereta naik. subsidi ditarik.
- apa yang saya fikirkan adalah negara sedang menuju ke arah negara kapitalis mungkin. golongan peniaga dan syarikat pelabur lebih diutamakan dari memikir soal keperluan mayarakat.
- benar katanya cukai menguntungkan kerajaan. tapi kenaikan demi kenaikan harga barang siapa yang tanggung?.
- bukan sahaja barangan tapi juga perkidmatan.
- siapa majoriti? peniaga atau pengguna? peniaga juga pengguna.
- peniaga juga menghadapi kenaikan harga barangan lain sudah tentu akan menaikkan barangan mereka maka kesan yang amat ketara sekali adalah golongan makan gaji yang hanya mengharapkan gaji bulanan untuk menampung kehidupan.
- apa yang boleh dibuat mereka terpaksa mengurangkan perbelanjaan setiap bulan. seperti juga ada saranan menteri:
- kurangkan gula untuk elak penyakit kencing manis.
- naik kenderaan awam, berbasikal atau jalan kaki.
- dan macam2 jawapan yang mengarut dan menyakitkan. huh.
- harga rumah naik, minyak naik, elektrik naik, gaji bibik naik, tambang bas akan naik, naik, naik, naik,,,, huh
- persoalan sekarang ialah semua akan terasa kenaikan dan peningkatan kos hidup.

p/s: kawal belanja, kurangkan hutang. tk

http://www.astroawani.com/news/show/hutang-isi-rumah-antara-tertinggi-di-asia-17872



Selasa, 18 Jun 2013

Peningkatan harga rumah amat membimbangkan

Assalamualaikum wmt dan salam ukhwah,

Terpanggil saya menyentuh isu ini berikutan kebimbangan saya tentang harga rumah yang semakin naik mendadak sedangkan kemampuan dan keupayaan untuk memilikinya adalah semakin terhad.

Antara faktor yang mendorong kenaikan harga rumah ini adalah:
1. Lokasi.
2. Agen pelabur hartanah yang mengambil keuntungan atas angin di atas permintaan yang tinggi.
3. Lot antarabangsa vs lot bumiputera.

Antara faktor yang membataskan pemilikan rumah adalah:
1. Gaji yang rendah.
2. Kadar kenaikan gaji yang rendah tidak sebanding kadar kenaikan harga rumah.
3. Baru berkerja.
4. Pertambahan kos sara hidup.
5. Pertambahan beban hutang.

Cadangan.

Apa yang saya ingin utarakan disini ialah mungkin satu cadangan. Fokus utama saya mengenai kenaikan ini adalah disebabkan faktor Lot antarabangsa. Bagi saya, lot ini adalah punca sebenar kenaikan yang mendadak harga rumah. Pemaju terlalu ghairah meraih keuntungan dengan menjual lot antarabangsa. Dalam jangka masa panjang dilihat kemampuan warga asing memiliki hartanah di Malaysia ini lebih berbanding warga tempatan tidak kira ianya Melayu, Cina, India dan Lain-lain.

Cuba anda bayangkan, di Batu Pahat, ketika ini ada penyewa tempatan menyewa rumah yang dimiliki oleh bukan warga Malaysia. Apa akan jadi 10, 20, ... tahun akan datang. Mungkin peratusan pemilikan harta oleh warga asing terus-terusan meningkat. Persepsi ini juga mendorong kenaikan harga. Pembeli yang berduit menjadikan ianya suatu pelaburan yang menguntungkan. Mereka menjangkakan lot ini boleh dijual kepada sesiapa sahaja didunia ini pada masa akan datang. Hasilnya kenaikan mendadak harga wujud dan kemampuan warga tempatan semakin terbatas.

Cadangan saya bagi mengatasi masalah ini.

1. Wujudkan satu lagi kategori pemilikan iaitu LOT NASIONAL. Lot ini khusus kepada warga negara Malaysia yang terdiri daripada semua bangsa Malaysia.
2. Kurangkan Lot Antarabangsa. Tingkatkan peratusan Lot Nasional dan Lot Bumiputera.
3. Hadkan Lot Antarabangsa kepada kawasan-kawasan tertentu yang boleh dimiliki warga asing.
4. Bina lebih banyak perumahan mampu milik. 

Diharapkan cadangan yang saya berikan ini sebahagiannya diambil dan dipertimbangkan. Saya mendoakan semua warga negara Malaysia mampu untuk memiliki rumah yang diidamkan mereka.

Segala cadangan saya ini adalah datang dari pemikiran saya sendiri. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datang dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih. Wassalam.



Khamis, 21 Mac 2013

Al-Baqarah: 286


Ayat ini baik untuk diamalkan sebagai doa. Maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami, dan beri Penolong kami oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". - Al-Baqarah ayat 286

Isnin, 18 Mac 2013

kewajaran pemansuhan peperiksaan di dalam sistem pendidikan

Salam ukhwah,

Saya terpanggil membincangkan isu ini berikutan anak-anak saya sedang mengalami perubahan sistem pendidikan yang diperkenalkan sejak 2011. Sehingga kini ianya telah berjalan selama 3 tahun. Selama temponh ini, para pelajar tidak ada ujian yang besar dalam sesi persekolahan. Perlaksanaan tanpa ujian ini berbeza mengikut sekolah. Ada yang masih membuat peperiksaan dan ada yang tidak langsung. Sekolah yang mengadakan peperiksaan mungkin PIBGnya bersuara. Dilihat perlaksanaan sistem ini masih kurang jelas buat guru apatah lagi ibubapa.
Pertemuan ibubapa di akhir tahun bagi mengulas pencapaian anak-anak tidak memuaskan hati ibubapa. Kaedah penialaian yang tidak menunjukkan markah pelajar boleh dipertikaikan. Ini membuatkan para guru yang mengajar hilang arah untuk menerangkan prestasi anak-anak.
Apa yang saya faham:
1. Penilaian dilakukan mengikut tahap soalan.
2. Tiada markah diberikan dalam peratusan.
3. Penilaian dibuat bila-bila masa.
4. Penilaian yang tinggi boleh diberikan sekiranya anak-anak mewakili sekolah dan aktif.
5. Ada skor yang menilai adab.
Persoalan?
1. Kadangkala anak dapat menjawab tahap 6. salah jawab tahap 1 dan 2 atau soalan tahap bawah.
2. Maka bagi saya penilaian keseluruhan dalam bentuk peratusan lebih baik.
3. Penilaian pada bila-bila masa bagus. Tetapi jika ada penilaian yang ada tarikhnya dapat mengajar anak-anak bersedia pada sesuatu peristiwa besar. Persiapan pada peristiwa besar suatu pengajaran hidup. Tepati masa dan berdisiplin.
 4. Setiap ibubapa pasti berbangga sekiranya anak-anak dapat mewakili sekolah dalam apa-apa aktiviti. Persoalanya apakah peluang yang sama diberikan kepada semua pelajar dalam aktiviti yang dijalankan. Seharusnya semua pelajar diberikan peluang yang sama. Kegiatan sekolah seperti kuiz, pertandingan, persembahan, sukan dan aktiviti kokurikulum perlu dipergiat bagi memberi peluang yang sama buat anak-anak.
5. Menilai adab suatu perkara yang subjektif. Tidak bermaksud pada tahap 1 dan 2 tiada adab. Murid hanya tidak dapat menjawab soalan bukanya tidak beradab.
Note:
Bukan semua yang lama itu harus ditinggalkan
Bukan semua yang baru itu harus diterima

Moga pandangan saya ini dapat sebahagiannya dipertimbangkan dan dinilai.
Yang baik itu datangnya dari Allah. Yang tidak elok itu datangnya dari saya sendiri.