Salam ukhwah,
Di suatu pagi apabila saya membuka tv9. Seorang penceramah yang santun ucapanya iaitu Ustz Mohd Elyas Ismail (seorang yang masih asing dan baru bagi saya) menyampaikan tazkirah paginya. Antara isi yang dapat saya catatkan disini ialah.
- terdapat beberapa pintu hati manusia yang boleh dimasuki syaitan dengan mudah. 3 yang utama adalah disebut.
1. Pintu marah- kemarahan merupakan sebab syaitan mudah masuk kedalam hati manusia. maka kawallah kemarahan anda sebaik-baiknya,
2. Pintu hasad- sifat hasad adalah tidak baik. Ianya membakar api persengketaan.
3. Pintu melebih-lebih dalam berhias- apabila perkara berhias disebut semua mata akan tertumpu pada wanita. Sebenarnya ianya tidak terhad kepada wanita sahaja. Lelaki mungkin kurang berhias muka dan wajahnya. Berlebih-lebihan dalam berhias barang kesayangan (seperti kereta) termasuk perkara yang diambil perhatian.
- Hati yang ikhlas akan hadir selepas kita beramal. Memanglah pada permulaan sesuatu pekerjaan yang baik itu mungkin atas arahan atau takut menunjuk-nunjuk. Kebiasaan akan menjadikan ianya amalan. Amalan yang baik diulang-ulang secara tidak sedar ikhlas akan mengiringi. Insyallah.
-Firaun adalah manusia yang paling takabbur di dunia ini bila mana dia mengaku dirinya tuhan.
- terdapat 4 pandangan/ mata hati.
1. pandangan zahir - apa yang kita nampak
2. pandangan akal - pemikiran
3. pandangan nafsu
4. pandangan hati
Wallahhua'lam. Kelebihan datang dari Allah. Keburukan datangnya dari diri saya sendiri. Maaf jika ada kekurangan.
Semasa berjemaah solat jumaat di kawasan surau pandan indah. Sebelum jumaat seorang penceramah muda memesan agar didiklah anak-anak dengan alunan zikir diawal pagi dengan radio atau sebarang alat teknologi canggih masa kini. Alasan yang logik diterima akal ialah "PENDENGARAN ITU ADALAH LEBIH PANTAS DARI PENGLIHATAN".
Maka didiklah jiwa ini dengan pendengaran yang baik-baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan