Isnin, 28 Februari 2011

BAYAR SAMAN

Ha... sekali lagi rakyat Malaysia berlumba- lumba membayar saman mereka disebabkan tawaran yang menarik diberikan oleh PDRM. Potongan sehingga 50% ternyata membuatkan pengguna- pengguna jalanraya tertarik untuk membayar. Saya yang rasa tak pernah nak semak saman tertarik untuk menyemak saman. Tup- tup, entah mana- mana tempat dan tahun yang saya dikenakan saman. Apa lagi saman ekorlah. Surat tak sampai dan tak tahu pun ada saman. Mungkin dah dua tiga kali pindah rumah. Laman web yang menawarkan perkhidmatan pembayaran saman secara atas talian didapati tidak dapat berfungsi dengan baik di saat- saat akhir. Nampaknya ramai yang ingin melakukan tindakan saat- saat akhir. 28 Februari 2011 adalah tarikh akhir tawaran dibuat. Pejabat pos dibuka semata- mata memberi peluang kepada para pengguna menjelaskan saman mereka walaupun pada hari Ahad. Saya merasakan tawaran seperti ini elok dibuat setiap tahun. Adapun tawaran pembayaran saman sebanyak 50% dalam tempoh tertentu dilihat terlalu singkat untuk para pengguna menyemak saman mereka lebih- lebih lagi yang kena saman ekor dan berpindah rumah. Saya namakan 'PERAYAAN BAYAR SAMAN' ini seharusnya diteruskan tiap- tiap tahun. Ianya dapat memberi peringatan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan saman yang mereka tidak ketahui. Disamping itu peratus saman tertunggak dapat dikurangkan. Diharapkan juga sistem pembayaran saman ini tidak ada masalah walaupun di saat-saat akhir kerana ramai juga kelompok manusia dalam kelas ini.