Jumaat, 24 Jun 2011

Malaysia lawan Lubnan 2-1

Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya dalam perlawanan menentang Lubnan pada 23 Jun 2011 di Stadium Bukit Jalil. Kemenangan timbal balik setelah seri pada perlawanan sebelumnya di Lubnan amatlah bermakna buat pasukan Malaysia. Babak pertama nampak menarik apabila Malaysia berjaya memperolehi 2 gol. Babak kedua Lubnan mendapat 1 gol. Perlawanan babak kedua tidak seimbang kerana Malaysia bermain dengan 10 orang pemain. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana mampu bertahan sehingga wisel penamat.
Mohd Irfan Fazail (minit ke-8)
Wan Zack Haikal Wan Nor (minit ke-41)
Chadie Atie (minit ke-64)