Jumaat, 28 Disember 2012

2012 kian berlabuh, 2013 bakal bersinar

Salam Ukhwah dan salam persaudaraan.

-Ya... lagi beberapa hari lagi tahun 2012 akan melabuhkan tirainya.
-Berbagai cerita dan berita sepanjang kita menjalani tahun 2012 akan menjadi sejarah,
-Antaranya:
-Krisis kepimpinan di negara Arab (Mesir, Syiria, Libya, dll)
-Pembunuhan kejam rejim Israel ke atas rakyat Palastine.
-Pembunuhan etnik Rohinya di Myanmar.
-Tarikh kiamat oleh kaum maya 21.12.2012.
-Harimau Malaya gagal mempertahankan piala AFF suzuki.
-28 terbunuh tembakan rambang disekolah AS.
-Semoga tahun 2013 menjadi tahun yang membawa kebaikan kepada kita semua.
-Teruskan usaha dan perjuangan untuk membina kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.
Amin....

Sabtu, 29 September 2012

SELAGI KITA HIDUP, SELAGI ITU KITA DI UJI

Assalamualaikum wmt,

Salam ukhwah dan salam perpaduan. Saya terpanggil untuk berbicara berkaitan tajuk ini adalah kerana bergitu tertarik dengan topik yang dibincangkan di radio IKIM dalam perjalanan saya menuju tempat bertugas pada pagi Sabtu 29/9/2012. Sangat terkesan bila mendengar motivator memberi nasihat kepada pendengar. Seorang pendengar meluahkan masalah megapa dia tidak bersemangat selepas ujian demi ujian ditimpakan kepadanya. Pada suatu ketika pendengar amat bersyukur setelah ujian pertama dapat dihadapinya. Namun begitu datang pula badai yang lebih hebat dan tidak tertanggung olehnya.

Ya... saya rasakan itu sekarang. Mungkin juga anda rasakanya. Berkali-kali...
Motivator pada hari ini sebenarnya telah meyedarkan saya dengan mengatakan(lebih kurang).
- Selagi anda hidup selama itu adanya ujian.
-Ujian akan tamat maksudnya anda tidak lagi hidup.
-Allah menguji hambanya dengan tahap yang sepatutnya diuji. (betulkah ini: sendiri yang jawab)

Saya mendoakan diri saya, keluarga dan anda semua agar.
-terus bersemangat
-sabar
-kuatkan usaha
-sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah Maha Pencipta
-muhasabah diri
-merancang dan menjadual kehidupan ini dengan lebih baik

Amin...


Isnin, 2 Julai 2012

Simpati pada muslim myanmar

Salam ukhwah,
Dari sehari ke sehari dilihat penderitaan dan penindasan terhadap rakyat muslim Myanmar (Rohinya). Sehingga kini ramai yang telah terkorban dan penempatan mereka dimusnahkan. Hak untuk menjadi rakyat di tanah kelahiran mereka dipertikaikan dari dahulu. Akibatnya mereka ini terbuang ke negara jiran bersebelahan untuk mendapatkan perlindungan. Diharapkan negara muslim yang lain dapat membantu mereka ini dan mengecam tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini. Sekian.

Jumaat, 22 Jun 2012

Alangkah baiknya cuti hari Jumaat

Assalamualaikum wmt,
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Kaum lelaki muslimin dituntut pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat secara berjemaah. Ya, sebagai seorang bapa yang bekerja makan gaji, amatlah terhad masanya untuk membawa anak-anak turut ke masjid menunaikan ibadat yang diwajibkan setiap minggu ini. Umum mengatahui, didikan itu bermula sejak dari kecil. Suruhlah anakmu mengerjakan solat dari mereka 7 tahun dan sehingga mereka berumur 10 tahun ditambah dengan hukuman (sebagai mendidik).Kelebihan untuk membawa anak-anak ke masjid ada pada mereka yang bekerja sendiri, kedudukan tempat kerja yang berdekatan dengan rumah dan mempunyai keluarga atau jiran yang sudi membawa anak-anak ke masjid. Barangkali ini satu faktor mengapa anak-anak muda jarang atau meringankan solat Jumaat. Kelebihan juga kepada mereka yang negerinya cuti pada hari Jumaat. Diharapkan ada cadangan menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan khususnya negeri yang ramai rakyatnya muslimin di Malaysia. Amin...

Khamis, 29 Mac 2012

Penyelidikan sesuatu yang berbeza

Salam ukhwah,
-Wah duh.... sesungguhnya pengalaman menyambung pengajian pada peringkat ini sesuatu yang sukar hendak diduga. :)
-Belajar dan adanya ujian peperiksaan sesuatu yang kita biasa tempuh.
-Penilaian sebegini ada target silibusnya, ada grednya. Maka kita boleh set pemikiran dalam ruang lingkup yang pernah diajar didalam kelas atau dewan kuliah.
-Kesarjanaan dalam membuat penyelidikan ternyata cabarannya terlalu luas. Seluas lautan yang berombak dan bergelora. :)


Input
-buku
-jurnal
-penyelia
-kumpulan penyelidik
-pengalaman
-isu-isu semasa
-teknologi
-rakan dalam bidang yang sama

Output
-jurnal
-prosiding persidangan
-buku
-paten
-kursus
-tesis
-laporan penyelidikan

Faktor lain
-sokongan keluarga
-sokongan rakan
-penyeliaan penyelia
-kewangan
-motivasi yang tinggi
-disiplin diri
-doa dan tawakal
-sikap positif
-kemudahan tempat belajar
-kemudahan akses maklumat (internet, perpustakaan)

-Ia suatu perjalanan yang penuh dengan harapan. Ku pohon agar perjalanan ini dipermudahkan oleh Mu ya Allah. Amin.

Rabu, 1 Februari 2012

Tips untuk fokus bekerja

1. Tetapkan matlamat/ objektif yang hendak dicapai.
2. Rancang dan buat jadual harian/ mingguan/ bulanan/ tahunan.
3. Senaraikan kerja-kerja yang akan dilakukan dan buat 'check list'.
4. Potong dan tandakan pada tugas yang telah selesai. Tugas yang belum selesai, selesaikan segera dan jangan bertangguh.
5. Tampal dan lekatkan perkara di atas pada tempat kerja anda dan tempat yang mudah dilihat.
6. Jika anda bekerja menggunakan komputer, letakkan maklumat ini pada skrin desktop anda ataupun sebagai fail pada desktop anda.
7. Tepati masa.
 
Surah Ash-Sharh
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)

Khamis, 19 Januari 2012

Mengenal siapa kita?

Salam ukhwah,
Kita adalah:
-manusia ciptaan Allah yang patuh pada suruhan-Nya
-anak yang soleh
-ibu/ bapa penyayang
-abang/ kakak/adik yang ambil berat
-saudara yang dikasihi dan menyayangi
-jiran yang bertimbang rasa
-bos/ pekerja amanah dengan kerjanya
-khalifah yang adil
-dan lain-lain sikap yang baik

Kita bukan:
-manusia yang lupa pada pencipta-Nya
-anak yang derhaka
-ibu/ bapa yang lalai akan tanggungjawab
-saudara yang bermusuhan dan hasad dengki
-jiran yang sombong dan tidak bertegur sapa
-bos/ pekerja yang selalu 'mengular' dan tidak amanah
-khalifah yang zalim
-dan lain-lain sikap yang tidak baik

Sentiasa berdoa kepada Maha Pencipta agar kita mendapat penjuk yang baik dari-Nya.