Jumaat, 22 Jun 2012

Alangkah baiknya cuti hari Jumaat

Assalamualaikum wmt,
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Kaum lelaki muslimin dituntut pergi ke masjid menunaikan solat Jumaat secara berjemaah. Ya, sebagai seorang bapa yang bekerja makan gaji, amatlah terhad masanya untuk membawa anak-anak turut ke masjid menunaikan ibadat yang diwajibkan setiap minggu ini. Umum mengatahui, didikan itu bermula sejak dari kecil. Suruhlah anakmu mengerjakan solat dari mereka 7 tahun dan sehingga mereka berumur 10 tahun ditambah dengan hukuman (sebagai mendidik).Kelebihan untuk membawa anak-anak ke masjid ada pada mereka yang bekerja sendiri, kedudukan tempat kerja yang berdekatan dengan rumah dan mempunyai keluarga atau jiran yang sudi membawa anak-anak ke masjid. Barangkali ini satu faktor mengapa anak-anak muda jarang atau meringankan solat Jumaat. Kelebihan juga kepada mereka yang negerinya cuti pada hari Jumaat. Diharapkan ada cadangan menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan khususnya negeri yang ramai rakyatnya muslimin di Malaysia. Amin...