Sabtu, 29 September 2012

SELAGI KITA HIDUP, SELAGI ITU KITA DI UJI

Assalamualaikum wmt,

Salam ukhwah dan salam perpaduan. Saya terpanggil untuk berbicara berkaitan tajuk ini adalah kerana bergitu tertarik dengan topik yang dibincangkan di radio IKIM dalam perjalanan saya menuju tempat bertugas pada pagi Sabtu 29/9/2012. Sangat terkesan bila mendengar motivator memberi nasihat kepada pendengar. Seorang pendengar meluahkan masalah megapa dia tidak bersemangat selepas ujian demi ujian ditimpakan kepadanya. Pada suatu ketika pendengar amat bersyukur setelah ujian pertama dapat dihadapinya. Namun begitu datang pula badai yang lebih hebat dan tidak tertanggung olehnya.

Ya... saya rasakan itu sekarang. Mungkin juga anda rasakanya. Berkali-kali...
Motivator pada hari ini sebenarnya telah meyedarkan saya dengan mengatakan(lebih kurang).
- Selagi anda hidup selama itu adanya ujian.
-Ujian akan tamat maksudnya anda tidak lagi hidup.
-Allah menguji hambanya dengan tahap yang sepatutnya diuji. (betulkah ini: sendiri yang jawab)

Saya mendoakan diri saya, keluarga dan anda semua agar.
-terus bersemangat
-sabar
-kuatkan usaha
-sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan Allah Maha Pencipta
-muhasabah diri
-merancang dan menjadual kehidupan ini dengan lebih baik

Amin...