Selasa, 18 Jun 2013

Peningkatan harga rumah amat membimbangkan

Assalamualaikum wmt dan salam ukhwah,

Terpanggil saya menyentuh isu ini berikutan kebimbangan saya tentang harga rumah yang semakin naik mendadak sedangkan kemampuan dan keupayaan untuk memilikinya adalah semakin terhad.

Antara faktor yang mendorong kenaikan harga rumah ini adalah:
1. Lokasi.
2. Agen pelabur hartanah yang mengambil keuntungan atas angin di atas permintaan yang tinggi.
3. Lot antarabangsa vs lot bumiputera.

Antara faktor yang membataskan pemilikan rumah adalah:
1. Gaji yang rendah.
2. Kadar kenaikan gaji yang rendah tidak sebanding kadar kenaikan harga rumah.
3. Baru berkerja.
4. Pertambahan kos sara hidup.
5. Pertambahan beban hutang.

Cadangan.

Apa yang saya ingin utarakan disini ialah mungkin satu cadangan. Fokus utama saya mengenai kenaikan ini adalah disebabkan faktor Lot antarabangsa. Bagi saya, lot ini adalah punca sebenar kenaikan yang mendadak harga rumah. Pemaju terlalu ghairah meraih keuntungan dengan menjual lot antarabangsa. Dalam jangka masa panjang dilihat kemampuan warga asing memiliki hartanah di Malaysia ini lebih berbanding warga tempatan tidak kira ianya Melayu, Cina, India dan Lain-lain.

Cuba anda bayangkan, di Batu Pahat, ketika ini ada penyewa tempatan menyewa rumah yang dimiliki oleh bukan warga Malaysia. Apa akan jadi 10, 20, ... tahun akan datang. Mungkin peratusan pemilikan harta oleh warga asing terus-terusan meningkat. Persepsi ini juga mendorong kenaikan harga. Pembeli yang berduit menjadikan ianya suatu pelaburan yang menguntungkan. Mereka menjangkakan lot ini boleh dijual kepada sesiapa sahaja didunia ini pada masa akan datang. Hasilnya kenaikan mendadak harga wujud dan kemampuan warga tempatan semakin terbatas.

Cadangan saya bagi mengatasi masalah ini.

1. Wujudkan satu lagi kategori pemilikan iaitu LOT NASIONAL. Lot ini khusus kepada warga negara Malaysia yang terdiri daripada semua bangsa Malaysia.
2. Kurangkan Lot Antarabangsa. Tingkatkan peratusan Lot Nasional dan Lot Bumiputera.
3. Hadkan Lot Antarabangsa kepada kawasan-kawasan tertentu yang boleh dimiliki warga asing.
4. Bina lebih banyak perumahan mampu milik. 

Diharapkan cadangan yang saya berikan ini sebahagiannya diambil dan dipertimbangkan. Saya mendoakan semua warga negara Malaysia mampu untuk memiliki rumah yang diidamkan mereka.

Segala cadangan saya ini adalah datang dari pemikiran saya sendiri. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu datang dari diri saya sendiri. Sekian terima kasih. Wassalam.