Selasa, 5 Ogos 2014

Palestin

Salam ukwah,

Salam hari raya 2014 buat sahabat semua.

Perayaan pada tahun ini bagi negaraku Malaysia amat sederhana. Malaysia pada tahun ini dikejutkan dengan dua insiden kapal terbang MAS. Pertamanya kehilangan MH370 dan yang keduanya MH17 yang jatuh terhempas di Ukrine. Belumpun tragedi pertama mendapat jawapannya, berlaku pula tragedi yang ke dua. Perasaan sebak dan simpati ini ditujukan kepada waris penumpang yang terlibat. Jauh disudut hati ini ingin benar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada musibah yang datang ini. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia terkesan secara langsung mahupun tidak langsung akan peristiwa ini dan menantikan jawapannya.

Dalam pada negaraku ditimpa musibah dan dilalai sebentar oleh Pertandingan Piala Dunia 2014, Palestin dirempuh dan digempur oleh rejim Israel. Anak-anak, ibu-ibu dan rakyat biasa terkorban dalam serangan zionis ini. Hospital, masjid dan rumah kediaman penduduk menjadi sasaran.

Kami terutamanya muslim di Malaysia terus-terusan berdoa kepada Allah agar kemenagan berpihak kepada muslim di Palestin. Amin...

Moga keamanan tercipta dibumi Palestin kerana kami berharap benar untuk mengunjungi negara itu suatu masa nanti.

PEACE TO PALESTINE

Isnin, 3 Mac 2014

Fasa Kehidupan

Assalamualaikum wmt

Kehidupan itu apa?
Hidup itu apa?
Kehidupan itu akan terus hidup selagi ada nyawa
Bila SEMUA mati barulah kehidupan tiada

Fasa itu apa?
Ia berkaitan masa
Ia merujuk suatu selang
Setiap nyawa lain tempoh dan berbeza zaman
 Berbeza spesis

Manusia dan alam atau alam dan manusia
Mana lebih tua...

Rama-rama dan fasa kehidupannya dipelajari
Mula proses hidup dan berakhir kematian
Berubah-ubah bentuk

Manusia pula saiznya saja yang berubah-ubah
Juga tegang dan kendurnya kulitnya
Bayi kemudian kanak-kanak
Kemudian remaja
Kemudian dewasa
Kemudian tua dan mati akhirnya

Umurnya tidak diduga
Kematiannya juga tidak diduga

Maka... persediaannya hendaklah selalu

Perbuatan baik dibalas kebaikan oleh Maha Pencipta
Sebaliknya bagi perbuatan jelik

Yang baik itu dari Allah, kekurangan itu dari saya.
Sekian...