Salam ukwah,
Salam hari raya 2014 buat sahabat semua.
Perayaan pada tahun ini bagi negaraku Malaysia amat sederhana. Malaysia pada tahun ini dikejutkan dengan dua insiden kapal terbang MAS. Pertamanya kehilangan MH370 dan yang keduanya MH17 yang jatuh terhempas di Ukrine. Belumpun tragedi pertama mendapat jawapannya, berlaku pula tragedi yang ke dua. Perasaan sebak dan simpati ini ditujukan kepada waris penumpang yang terlibat. Jauh disudut hati ini ingin benar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada musibah yang datang ini. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia terkesan secara langsung mahupun tidak langsung akan peristiwa ini dan menantikan jawapannya.
Dalam pada negaraku ditimpa musibah dan dilalai sebentar oleh Pertandingan Piala Dunia 2014, Palestin dirempuh dan digempur oleh rejim Israel. Anak-anak, ibu-ibu dan rakyat biasa terkorban dalam serangan zionis ini. Hospital, masjid dan rumah kediaman penduduk menjadi sasaran.
Kami terutamanya muslim di Malaysia terus-terusan berdoa kepada Allah agar kemenagan berpihak kepada muslim di Palestin. Amin...
Moga keamanan tercipta dibumi Palestin kerana kami berharap benar untuk mengunjungi negara itu suatu masa nanti.
PEACE TO PALESTINE