Ahad, 29 November 2020

TAHUN 2020

 Assalamualaikum wmt....

Rabu, 4 April 2018

Terus-terusan mengerjakan amalan soleh

Bismillahirrahmanirrahim...

Surah Kahfi ayat 46:
Harta dan anak-pinak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.

Salam bulan 17 Rejab 1439H. Semoga dengan terjemahan surah di atas dapatlah kita sama-sama mengambil peringatan buat diri dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini Insyallah...

Khamis, 9 Jun 2016

Alhamdulillah

Assalamualaikum wmt dan salam ukhwah.
Salam Ramadhan.
Syukur atas rahmat dan kasih sayang Allah dapat kita teruskan kehidupan ini dengan diketemukan dengan bulan yang penuh barakah. Teruskan amalan yang baik dan jangan putus berdoa dan mengharapkan redha Allah. Amin...

Rabu, 21 Januari 2015

Kerja 'rutin' sebabkan fikiran berkarat :)

Salam ukhwah,

Lama dah saya tak 'update' laman blog ni. Mungkin juga menyibukkan diri dengan 'rutin work' kot. Nampaknya kita ni kena ada masa untuk memberi ruang  berfikir agar otak ini taklah berkarat :). Sebagai langkah percubaan, saya mulai dengan sentiasa membawa ke mana-mana sebuah buku nota kecil di dalam saku baju saya. Maka setiap perkara yang terlintas atau yang menarik akan saya catatkan.

Moga perkongsian ini berguna buat rakan-rakan. Terima kasih.

Selasa, 5 Ogos 2014

Palestin

Salam ukwah,

Salam hari raya 2014 buat sahabat semua.

Perayaan pada tahun ini bagi negaraku Malaysia amat sederhana. Malaysia pada tahun ini dikejutkan dengan dua insiden kapal terbang MAS. Pertamanya kehilangan MH370 dan yang keduanya MH17 yang jatuh terhempas di Ukrine. Belumpun tragedi pertama mendapat jawapannya, berlaku pula tragedi yang ke dua. Perasaan sebak dan simpati ini ditujukan kepada waris penumpang yang terlibat. Jauh disudut hati ini ingin benar mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada musibah yang datang ini. Saya percaya seluruh rakyat Malaysia terkesan secara langsung mahupun tidak langsung akan peristiwa ini dan menantikan jawapannya.

Dalam pada negaraku ditimpa musibah dan dilalai sebentar oleh Pertandingan Piala Dunia 2014, Palestin dirempuh dan digempur oleh rejim Israel. Anak-anak, ibu-ibu dan rakyat biasa terkorban dalam serangan zionis ini. Hospital, masjid dan rumah kediaman penduduk menjadi sasaran.

Kami terutamanya muslim di Malaysia terus-terusan berdoa kepada Allah agar kemenagan berpihak kepada muslim di Palestin. Amin...

Moga keamanan tercipta dibumi Palestin kerana kami berharap benar untuk mengunjungi negara itu suatu masa nanti.

PEACE TO PALESTINE

Isnin, 3 Mac 2014

Fasa Kehidupan

Assalamualaikum wmt

Kehidupan itu apa?
Hidup itu apa?
Kehidupan itu akan terus hidup selagi ada nyawa
Bila SEMUA mati barulah kehidupan tiada

Fasa itu apa?
Ia berkaitan masa
Ia merujuk suatu selang
Setiap nyawa lain tempoh dan berbeza zaman
 Berbeza spesis

Manusia dan alam atau alam dan manusia
Mana lebih tua...

Rama-rama dan fasa kehidupannya dipelajari
Mula proses hidup dan berakhir kematian
Berubah-ubah bentuk

Manusia pula saiznya saja yang berubah-ubah
Juga tegang dan kendurnya kulitnya
Bayi kemudian kanak-kanak
Kemudian remaja
Kemudian dewasa
Kemudian tua dan mati akhirnya

Umurnya tidak diduga
Kematiannya juga tidak diduga

Maka... persediaannya hendaklah selalu

Perbuatan baik dibalas kebaikan oleh Maha Pencipta
Sebaliknya bagi perbuatan jelik

Yang baik itu dari Allah, kekurangan itu dari saya.
Sekian...



Ahad, 10 November 2013

Berhati-hati dengan pintu hati

Salam ukhwah,

Di suatu pagi apabila saya membuka tv9. Seorang penceramah yang santun ucapanya iaitu  Ustz Mohd Elyas Ismail (seorang yang masih asing dan baru bagi saya) menyampaikan tazkirah paginya. Antara isi yang dapat saya catatkan disini ialah.

- terdapat beberapa pintu hati manusia yang boleh dimasuki syaitan dengan mudah. 3 yang utama adalah disebut.
1. Pintu marah- kemarahan merupakan sebab syaitan mudah masuk kedalam hati manusia. maka kawallah kemarahan anda sebaik-baiknya,
2. Pintu hasad- sifat hasad adalah tidak baik. Ianya membakar api persengketaan.
3. Pintu melebih-lebih dalam berhias- apabila perkara berhias disebut semua mata akan tertumpu pada wanita. Sebenarnya ianya tidak terhad kepada wanita sahaja. Lelaki mungkin kurang berhias muka dan wajahnya. Berlebih-lebihan dalam berhias barang kesayangan (seperti kereta) termasuk perkara yang diambil perhatian.

- Hati yang ikhlas akan hadir selepas kita beramal. Memanglah pada permulaan sesuatu pekerjaan yang baik itu mungkin atas arahan atau takut menunjuk-nunjuk. Kebiasaan akan menjadikan ianya amalan. Amalan yang baik diulang-ulang secara tidak sedar ikhlas akan mengiringi. Insyallah.

-Firaun adalah manusia yang paling takabbur di dunia ini bila mana dia mengaku dirinya tuhan.

- terdapat 4 pandangan/ mata hati.
1. pandangan zahir - apa yang kita nampak
2. pandangan akal - pemikiran
3. pandangan nafsu
4. pandangan hati

Wallahhua'lam. Kelebihan datang dari Allah. Keburukan datangnya dari diri saya sendiri. Maaf jika ada kekurangan.


Semasa berjemaah solat jumaat di kawasan surau pandan indah. Sebelum jumaat seorang penceramah muda memesan agar didiklah anak-anak dengan alunan zikir diawal pagi dengan radio atau sebarang alat teknologi canggih masa kini. Alasan yang logik diterima akal ialah "PENDENGARAN ITU ADALAH LEBIH PANTAS DARI PENGLIHATAN".

Maka didiklah jiwa ini dengan pendengaran yang baik-baik.