Khamis, 30 Disember 2010

Tahniah Pasukan Malaysia

Alhamdulillah dan tahniah buat pasukan negara kerana berjaya membawa pulang piala AFF tahun 2010. Hadiah ini adalah hadiah penutup tirai 2010 dan pembuka semangat 2011 buat rakyat Malaysia. Kejayaan ini amat manis buat kami rakyat Malaysia. Saya doakan kejayaan yang cemerlang buat pasukan negara untuk hari-hari akan datang. Malaysia menang dengan agregat 4-2 bertemu Indonesia. Perlawanan akhir pertama di Bukit Jalil, Malaysia 3 Indonesia 0. Perlawanan akhir ke dua di Gelora Bung Karno, Malaysia 1 Indonesia 2.

Selasa, 21 Disember 2010

klinik endnote

Jam 2 ptg tadi pergi klinik endnote. berguna untuk memudahkan dalam menulis. kena banyak explore lagi. terima kasih pada guru yang mengajar. :)

Rabu, 6 Oktober 2010

Masa terus berjalan

Bangun pagi. Terfikir apa yang nak aku buat hari ini? Macam-macam benda yang ada difikiran. Nak buat itulah, nak buat inilah. Adakalanya jadi. Banyak yang tak jadi. Maka tertundalah kerja yang belum dibuat itu. Esok bangun pagi ada pulak benda lain yang baru nak dibuat. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Benda yang dah jadi apa yang dirancang, Alhamdulillah terlaksana. Yang belum-belum siap dan tak jadi-jadi disambung esok hari atau ditinggalkan terus. Begitulah, seterusnya. Apa yang dirancang mungkin jadi, mungkin tidak. Itu kalau ada perancangan. Kalau tak ada perancangan. Maka tinggalkan ia jadi angan-angan. 'Moral of the story' ialah rancanglah hidup kita ini dengan baik. Jangan lupa untuk berdoa dan memohon hajat kepada Allah agar segala apa yang dirancang itu dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat berkat daripada-Nya.

Khamis, 2 September 2010

Kehidupan ini suatu explorasi

Salam semua,
Setiap individu mempunyai pengalaman yang berbeza. Lahirnya ditampat yang tidak sama. Warna kulit, jantina, iklim, negara, agama, kaum, bahasa, budaya dan lain-lain yang tidak sama. Kita dapat hidup sebab mahu belajar. Setiap perubahan adalah suatu pengalaman baru. Proses pembelajaran yang pertama ialah melalui pengalaman. Nasihat dan bimbingan orang yang berpengalaman mempercepatkan proses belajar. Seterusnya pembacaan melalui buku mengajar kita erti hidup. Guru pertama ialah ke dua orang tua. Kita dibimbing mereka dari buayan lagi hingga remaja. Kita diajar dan belajar di sekolah, surau, asrama, kolej dan universiti. Ilmu agama sebagai panduan dalam proses kehidupan yang baik. Kita diajar cekal, sabar, menghormati diri, keluarga dan masyarakat serta alam kehidupan ini. Tanpa panduan, kita mungkin tewas. Kehidupan ini ada penciptanya. Allah penciptanya. Bermohonlah kepada Nya agar kehidupan kita ini baik. Namun ujian boleh datang pada bila-bila masa tampa diduga. Kesabaran amat perlu dalam menempuh dugaan. Semoga Allah memberikan kita hidayah dan petunjuk menjadi manusia yang cemerlang dunia dan akihirat. Amin.

Khamis, 22 Julai 2010

Amanah dan tanggungjawab

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai peranan yang harus dipikul. Seorang anak berperanan kepada ibu bapa mereka. Membantu mereka dan meringankan beban kehidupan. Begitulah sebaliknya, ibu bapa bertanggungjawab membesarkan, mendidik, memberi makanan dan pakaian sehingga anak itu mencapai usia matang. Seorang guru mempunyai amanah untuk membentuk serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sehinggalah tanggungjawab itu diamanahkan kepada ketua-ketua negara untuk mentadbir dan menguruskan negara bagi pihak rakyat. Perlaksanaan tanggungjawab ini haruslah dilaksanakan secara amanah dan jujur. Pihak yang berkuasa memegang amanah mesti menjalankan tugas ini dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kuasa ini tidak kekal. Hanya yang kekal kuasanya adalah kepunyaan tuhan yang maha kuasa iaitu Allah swt. Ingat, bila-bila masa pun kuasa itu boleh hilang jika amanah tidak dilaksanakan dengan adil. Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Surah Ali Imraan, ayat 26)

Selasa, 20 Julai 2010

Memupuk sikap rajin

Rajin adalah lawan bagi sikap malas. Orang sering mengeluh disebabkan sikap malas. Mengapa orang tidak 'explore' atau mencari sikap rajin. Setiap diri kita mempunyai dua sikap ini. Sikap ini senantiasa ada pasang surut, seperti juga ombak di pantai. Mari kita fikirkan apakah yang membuat diri kita jadi rajin berusaha:
1. bagi mencapat cita-cita atau hajat tertentu
2. adanya hadiah atau penghargaan
3. mencapai kepuasan
4. hobi
5. kegemaran
7. minat
8. ada upah
9. pangkat
10. cergas
11. sihat
12. tidak mengantuk
13. ada target
14. arahan
15. nak menunjuk

Ada macam-macam sebab yang buat kita rajin. Jadi cari sebab itu dan mulakan langkah untuk jadi rajin. Ingat kita perlu rajin buat kebaikan dan bukannya buat kejahatan. Setiap amalan itu ada pembalasan dari Allah. Ok.

Rabu, 7 Julai 2010

Alhamdulilah dilahirkan muslim

Hari ini saya membuka beberapa laman web. Dilihat agama islam ini semakin berkembang. Contohnya negara komunis yang dahulunya tidak membenarkan ajaran agama telah mulai mencari islam setelah beberapa blok negara mereka mendapat autonomi. Alhamdulillah. Perkembangan agama ini amat cepat. Alhamdulillah hidayah Allah diberi kepada mereka. Perkembangan islam ini amat dicemburui oleh mereka yang tidak mengenal agama ini.

Saya menasihatkan kepada anda dan diri saya sendiri agar kita mendalami ajaran yang dibawa oleh Rasul Muhammad s.a.w dari masa ke semasa agar dapat mengukuhkan iman sebagai seorang muslim. Berusahalah meningkatkan amalan yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik dan maksiat.

Rabu, 31 Mac 2010

Kerja sebagai ibadah

Salam ukhwah,

Ramai orang mengeluh tiap-tiap hari. Aduh... banyaknya kerja... Dah siap satu kerja datang pulak kerja yang lain. Tak siap kerja yang ini, dapat pulak yang baru. Mungkin beginilah keaadaan yang sering kali kita hadapi.

Apa yang anda perlukan ialah teruskan bekerja. Penat memang penat. Namun sedarkah anda apabila selesai sahaja tugas yang sibuk itu kita akan berasa puas dan lapang dada. Istirehat selepas selesai kerja cukup bermakna.

Cuba bayangkan kalau anda tiada apa-kerja. Pasti badan anda penat juga dan tak bermaya bukan. Kesimpulannya ialah selagi kita hidup, kita kena kerja. Selagi ada upaya, kesihatan dan kekuatan.

Orang malas bekerja mungkin sebab:
1. tidak cukup rehat
2. tidak dihargai
3. tidak sihat
4. berat tulang
5. berkira-kira
6. gaji lambat

Orang rajin bekerja mungkin sebab:
1. kerja yang disukai
2. dapat gaji
3. dihargai
4. ringan tulang
5. sihat
6. cukup rehat

Mungkin banyak lagi sebab. Jika kita anggap kerja sebagai ibadah. Kelebihannya pasti lebih besar. Kehidupan ini sementara. Sediakanlah bekal untuk akhirat.

Selasa, 30 Mac 2010

Permulaan

Assalamualaikum wmt

30 Mac 2010. Jam 12.00 pm. Permulaan bagi saya menulis dalam 'blog' ini. Mudah-mudahan apa-apa pandangan yang diberikan dapat memberi manafaat semua.

Terima kasih.