Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai peranan yang harus dipikul. Seorang anak berperanan kepada ibu bapa mereka. Membantu mereka dan meringankan beban kehidupan. Begitulah sebaliknya, ibu bapa bertanggungjawab membesarkan, mendidik, memberi makanan dan pakaian sehingga anak itu mencapai usia matang. Seorang guru mempunyai amanah untuk membentuk serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sehinggalah tanggungjawab itu diamanahkan kepada ketua-ketua negara untuk mentadbir dan menguruskan negara bagi pihak rakyat. Perlaksanaan tanggungjawab ini haruslah dilaksanakan secara amanah dan jujur. Pihak yang berkuasa memegang amanah mesti menjalankan tugas ini dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kuasa ini tidak kekal. Hanya yang kekal kuasanya adalah kepunyaan tuhan yang maha kuasa iaitu Allah swt. Ingat, bila-bila masa pun kuasa itu boleh hilang jika amanah tidak dilaksanakan dengan adil. Firman Allah:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Surah Ali Imraan, ayat 26)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan