Khamis, 22 Julai 2010

Amanah dan tanggungjawab

Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai peranan yang harus dipikul. Seorang anak berperanan kepada ibu bapa mereka. Membantu mereka dan meringankan beban kehidupan. Begitulah sebaliknya, ibu bapa bertanggungjawab membesarkan, mendidik, memberi makanan dan pakaian sehingga anak itu mencapai usia matang. Seorang guru mempunyai amanah untuk membentuk serta memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sehinggalah tanggungjawab itu diamanahkan kepada ketua-ketua negara untuk mentadbir dan menguruskan negara bagi pihak rakyat. Perlaksanaan tanggungjawab ini haruslah dilaksanakan secara amanah dan jujur. Pihak yang berkuasa memegang amanah mesti menjalankan tugas ini dengan baik dan bersungguh-sungguh. Kuasa ini tidak kekal. Hanya yang kekal kuasanya adalah kepunyaan tuhan yang maha kuasa iaitu Allah swt. Ingat, bila-bila masa pun kuasa itu boleh hilang jika amanah tidak dilaksanakan dengan adil. Firman Allah:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."(Surah Ali Imraan, ayat 26)

Selasa, 20 Julai 2010

Memupuk sikap rajin

Rajin adalah lawan bagi sikap malas. Orang sering mengeluh disebabkan sikap malas. Mengapa orang tidak 'explore' atau mencari sikap rajin. Setiap diri kita mempunyai dua sikap ini. Sikap ini senantiasa ada pasang surut, seperti juga ombak di pantai. Mari kita fikirkan apakah yang membuat diri kita jadi rajin berusaha:
1. bagi mencapat cita-cita atau hajat tertentu
2. adanya hadiah atau penghargaan
3. mencapai kepuasan
4. hobi
5. kegemaran
7. minat
8. ada upah
9. pangkat
10. cergas
11. sihat
12. tidak mengantuk
13. ada target
14. arahan
15. nak menunjuk

Ada macam-macam sebab yang buat kita rajin. Jadi cari sebab itu dan mulakan langkah untuk jadi rajin. Ingat kita perlu rajin buat kebaikan dan bukannya buat kejahatan. Setiap amalan itu ada pembalasan dari Allah. Ok.

Rabu, 7 Julai 2010

Alhamdulilah dilahirkan muslim

Hari ini saya membuka beberapa laman web. Dilihat agama islam ini semakin berkembang. Contohnya negara komunis yang dahulunya tidak membenarkan ajaran agama telah mulai mencari islam setelah beberapa blok negara mereka mendapat autonomi. Alhamdulillah. Perkembangan agama ini amat cepat. Alhamdulillah hidayah Allah diberi kepada mereka. Perkembangan islam ini amat dicemburui oleh mereka yang tidak mengenal agama ini.

Saya menasihatkan kepada anda dan diri saya sendiri agar kita mendalami ajaran yang dibawa oleh Rasul Muhammad s.a.w dari masa ke semasa agar dapat mengukuhkan iman sebagai seorang muslim. Berusahalah meningkatkan amalan yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak baik dan maksiat.