Jumaat, 18 Mac 2011

APA SUDAH JADI DENGAN DUNIA HARI INI

Assalamualaikum wmt,

Seringkali kita terdengar, dan semakin kerap pula ianya berlaku. Ya... bencana alam. 11 Mac 2011, nun di Jepun. Tsunami yang dasyat telah mengorbankan beribu- ribu nyawa. Sebelumnya gempa bumi berlaku di New Zealand telah merosakkan harta benda.

Pergolakan politik di Timur Tengah juga suatu bencana. Macam-macam perkara berlaku dalam masa yang singkat ini. Apakah teknologi maklumat yang semakin pantas menyebabkan masa dirasakan semakin cepat. Ataukah kita ini sudah berada dalam dunia akhir zaman? Segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dan dimana-mana kita berada dengan syarat adanya signal atau network jalur lebar.

Mungkinkah dunia ini hampir ke penghujungnya? Apakah hari pembalasan semakin hampir? Masya Allah.... kalau kita terus mencari maklumat berkaitan perkara ini di internet. Banyak sekali maklumat yang diberikan. Huraian yang panjang lebar ada diberikan. Maklumat berkaitan tanda- tanda kecil dan besar boleh diperolehi dengan pantas. Yang penting anda nilai dan fikirlah dengan bijaksana.

Saya ingin mengingatkan diri saya sendiri agar kita dapat tingkatkan keimanan kita sepanjang kita hidup. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan