Salam semua,
9 Julai 2011, satu peristiwa yang melakar sejarah negara. Perhimpunan aman Bersih, yang telah disifatkan kerajaan perhimpunan haram Bersih telah terjadi jua. Halangan pihak kerajaan dengan berbagai strategi untuk menakutkan rakyat berhimpun secara aman 50% berjaya. Bagi saya mana mungkin pada saat-saat akhir suatu acara yang telah dirancang lebih awal tiba-tiba hendak dibatalkan. Sekatan-sekatan jalan raya ada di mana-mana. Langkah awal kerajaan menangkap orang yang memakai baju kuning berjaya menimbulkan 'fobia' rakyat untuk memakai pakaian dan barang-barang berwarna kuning buat seketika. Ambiga dilihat sebagai jaguh dan pelakon utama. Disebabkan itu juga tidak ramai orang menyokong perhimpunan ini. Bagi saya kerajaan mahupun pembangkang perlu sama-sama mainkan peranan dalam membuka mata rakyat. Kerajaan itu rakyat. Pembangkang juga rakyat. Kerjaan harus bijak. Pembangkang juga harus bijak. Kerajaan dengan segala kuasa yang ada harus menangani isu ini dengan baik. Begitu juga pembangkang. Sebarang provokasi yang dapat mencetuskan keadaan yang tegang sepatutnya dihindarkan. Saya melihat isu yang dibawa Bersih itu relavan sekiraya pilihanraya akan berlaku dalam waktu terdekat ini. Walaupun sekatan ada di mana-mana, masih ramai juga orang datang berhimpun. Ini menggambarkan sistem pengagkutan rel kita berfungsi dengan baik. Secara tak langsung mungkin mereka yang tidak pernah menggunakan sistem ini dapat merasakan kemajuan yang kita ada. Saya mengharapkan pihak berkuasa dapat menagani perhimpunan ini secara aman. Saya meletakkan 70% kejayaan kepada pihak berkuasa dalam menagani perhimpunan. Tidak dinafikan kecederaan ringan pasti akan berlaku. Agak berat untuk menerima adanya 1 kematian dalam perhimpunan aman ini. Al-fatihah. Menghormati pendapat dan pandangan orang lain itu amat perlu. Dalam hidup kita berkeluaga juga mempunyai pandangan berbeza. Fahaman politik mungkin juga berbeza. Tetapi bukanlah alasan untuk tidak hidup bahagia. Sekian terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan